Posts

Showing posts from 2011

Rehlah at Broga Hill

assalamualaikum..bismillahirrahmannirrahim... kupanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah..kerana memberikan aku udara yg segar utk bernafas di atas muka bumiMu lagi..Alhamdulillah wa syukurlillah.. Alhamdulillah..pagi tadi seawal jam 3 pagi dpt juga bangun  utk berciap dri bertolak ke broga hill.Broga hill ni trletak kat area kajang kott..*kurang pasti*.Seawal jam 5 lbh sampailah di kwsn bukit broga tu..kami semua solat subuh secara berjemaah  dhulu sblum mula mendaki bukit tu n pda pukul 6 lbh smpailah kteorng kat puncak bukit broga.. Subhanaallah..bila smpai je atas tu..dpt tgok pemandangan yg sangat cantik..n dapat hirup udara yg segar..niat kami smua nak tgok sunrise but..cuaca pagi td mendung..so xdpatlah melihatnya..tapi..bersyukur dpat juga merasa keindahan alam ciptaanMu..allahuakbar!!luasnya ciptaanMu.. ************************************************* semasa berda di puncak ke2 rasenye..sempat juga kami mendengar tazkirah oleh seorang ustaz dr ' ganu kiter ' y

~maal hijrah~

Image
بسم الله الرحمن الرحيم dengan nama allah yang maha pengasih  lagi maha penyayang... pejam celik pejam celik..hari ni dah 26 november 2011 bersamaan 30 zulhijjah 1432.esok 1 muharram 1433..dah masuk tahun baru untuk kalendar islam..subhanaallah..sekejap sgt masa berlalu..macamanelah amalan kita semua???adakah sudah cukup jika kita dicabut nyawa saat ini??ya allah...takutnye jika saat nyawa dicabut..amalan masih xcukup..ya allah..sedihnye hati..matikanlah kami semua dalam keadaan yang beriman.. Sempena muharram esok..jom kita sama2 muhasabah diri kita semua..hijrahlah diri kita dari yg kurang baik kepada yang lebih baik..insyaallah..nak berkongsi satu hadis pasal niat seseorg..insyaallah ad berkait jgk dgn hijrah kita.. "sesiapa yang berhijrah kerana allah dan rasulnya,dia akan sampai kepada allah dan rasulnya.sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya." mulai saat

~imamku~

Image
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. 1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 7. Pergaulan yang terba

muslimahku sayang....

Image
Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini." Sender:Akh Umar 0141234567 Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,, "ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan" Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,, "Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567 Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang m

MALAS!!

Image
Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu. Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah diselebungi sifat malas di dalamnya. Di sini ada beberapa ilmu tentang malas yang telah saya dapati. Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita

lailatul qadar

Image
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam. " Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.: Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu. " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayat