Posts

Showing posts from 2018

Sambal Udang

Image
Hai 💚 Harini ciknor nak share resipi sambal udang versi ciknor ❤ Resipi ikut turutan gambar kat bawah 🤗 Sediakan bawang besar + bawang merah + bawang putih Bersihkan udang  Blend ketiga-tiga jenis bawang  Panaskan kuali, letak minyak secukupnya. Masukkan cili boh + bawang yang dah diblend + asam jawa + garam + gula + ajinomoto Masukkan udang dan goreng hingga masak Siap dan hidang Selamat menjamu selera 💞 p/s: peminat petai, boleh tambah petai banyak2 😘

Puding Karamel Gula Hangus

Image
🍮 Puding Karamel Gula Hangus 🍮 Bahan-bahan : PUDING - 1 tin susu cair - 4 biji telur ayam - 4 sudu besar gula - sedikit isin vanila KARAMEL - 3/4 cawan gula pasir - 1/2 cawan air panas Cara-cara : KARAMEL 1) Panaskan gula dalam kuali hingga cair dan nampak kekuningan. 2) Masukkan air panas sikit demi sikit. 3) Kacau hingga sebati dan mendidih. 4) Masukkan dalam loyang pengukus dan sejukkan seketika. **Panaskan pengukus PUDING 1) Masukkan susu + telur + gula + isin vanila ke dalam blender dan blend sekejap hingga sebati. 2) Tuangkan campuran puding perlahan-lahan ke dalam bekas loyang berisi karamel tadi. 3) Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 15-20 minit. 4) Keluarkan dari pengukus dan sejukkan. 5) Selamat menjamu selera ❤

Lala Masak Serai

Image
Lala Masak Serai  Bahan-bahan : - Serai (ketuk) - Bawang merah* - Bawang putih* - Cili hidup merah 🌶* - Halia* - LALA . *bahan ditumbuk kasar Cara masak: 1) Tumis semua bahan yang telah ditumbuk kasar (ciknor tambah sos cili+sos tomato+kicap+garam jgn lupa) 2) Dah naik bau, masukkan serai.. masukkan air sedikit. kalau nak kuah banyak, letak air banyak 3) Masukkan lala..lepas masuk lala, tutup kuali tu biarkan lala tu masak. Bila kulit lala terbuka dan berubah warna, kiranya lala dah masak lah tu..kacau kacau sikit dan tutup lah api... . SIAPPP! 💕

Puding Buih Berkuah

Image
🌸Puding Buih Berkuah 🌸 Bahan-bahan (untuk puding) : - 1 paket agar-agar  - 4 cawan air - 6 sudu besar gula  - 3 sudu besar pewarna merah (anggar tengok pekat warna) - 5 biji telur gred c - 1 sudu besar isin vanilla Cara Penyediaan : 1) Masak agar-agar + 4 cawan air (kacau hingga agar larut) 2) Masukkan gula + pewarna merah (kacau sebati) + tutup api 3) Putar telur bersama isin vanilla sehingga kembang (dalam 4-5 minit) 4) Masukkan sedikit demi sedikit agar yang telah dimasak tadi ke dalam buih telur 5) Putar sehingga sebati 6) Setelah sebati tunggu suam then tuang adunan dalam loyang atau bekas2 cantik 😍 7) Sejukkan 💕 Bahan-bahan (untuk kuah): - 5 hingga 6 senduk kecil susu pekat manis ( ikut manis masing2) - 1 tin susu cair - 3 tin air - 4 sudu besar tepung kastard Cara penyediaan : 1) Masukkan susu pekat + susu cair + air dalam periuk (kacau sebati atas api sederhana sehingga mendidih) 2) Masukkan tepung kastard ke d

Bubur Kacang Hijau

Image
❤ Bubur Kacang Hijau Resipi Mamanda ❤ Bahan-bahan: - kacang hijau - santan - nisan - daun pandan - telur - sedikit garam Cara-cara: 1) Goreng kacang hijau sampai garing dan nampak kuning2 sikit atas api sederhana 2) Rebus kacang dalam air sampai kacang kembang 3) Campur santan, nisan, daun pandan, telur dan sedikit garam . Kacau hingga sebati dan tunggu hingga mendidih 4) Tadaaa ! Selamat menjamu selera 💕😘 .

Portuguese Egg Tart

Image
🎂 Portuguese Egg Tart 🎂 Bahan-bahan : Puff pastry ready made (brand KAWAN) *ciknor beli yang paket kecik boleh buat dlm 19biji Bahan kastard: - 4 biji telur - 150ml air - 250ml susu full cream (ciknor guna dutch lady) - 120g gula kastor - 1 sudu besar tepung jagung - sedikit isin vanilla * bakar pada suhu 180-200 (40-50minit) Selamat menjamu selera bersama yang tersayang ❤

Master Journey

Image
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. After 3 years siapkan master, finally, my master journey (2015-2018) was COMPLETED! 🙆 Alhamdulillah syukur! A millions thanks to my kesayangan mama baba and families, my supervisor, Prof Ahmad, Dr. Shazali, Dr. Puva, Dr. Sridar, Dr. Sham and of course my beloved friends sepanjang master ni..kalu takde diaorang takde kawan la ciknor 😝 (mimi, fifah, kakwani, pohyee, sophie zharif, qoma, ras, fatin, aida, farah) 😘❤ . Ciknor nak share sikit about my master journey. After tamat degree dalam bulan jun (2015) , terus sambung master bulan ogos. Untuk perbelanjaan sepanjang master, ciknor apply biasiswa MyBrain15 (under KPT). Apply masa dah masuk sem 1. So, yuran untuk sem 1, ciknor mintak dana khas daripada Yayasan Terengganu and MAIDAM tganu (khas untuk anak2 terengganu yang nak sambung belajar). MyBrain15 ni just cover untuk yuran sahaja. Mybrain start bayar yuran masa sem 2 sebab keputusan lulus lambat keluar. For perbelanjaan every month, cik

Welcome back !

Assalamualaikum and Hai ! After 3 years tak usik blog, finally diberi kekuatan untuk update semula blog. In 3 years ni banyak benda yang berubah. Salah satunya my blog's name ! from CERITA DARI HATI to Milaaledrus ( konon2 rebranding), design pon dah berubah 100% but takleh lari dari color pink la yang pastinya 😄 (pink dulu kini dan forever dalam hati ❤ ) and for now akan bahasakan ciknor in my blog okay :)  Stay tuned for more updates about my life, mamanda's recipe and others okay ! (kalini posting versi matang daripada sebelum2 ni ayat macam banyak merapu je! 😋 ) Bye!