Posts

Showing posts from June, 2011

seandainya lelaki mengandung

Image
Seandainya lelaki mengandung. Mungkin macam kelakar je tajuk entri kali ini. Tapi ini serius! ( hehe.. takde la, gurau je ). Tetapi tajuk ini membuat saya terfikir seandainya kita lelaki berada ditempat perempuan, mengalami saat sukarnya melahirkan anak. Pada saya, apabila seorang lelaki mengetahui apa itu makna mengandung, tentulah dia akan rela senang hati mengganti posisi isterinya melahirkan zuriat. Bahkan, mungkin lelaki sanggup mengandung berkali-kali demi mengalami kesaksian yang sangat berharga itu. Namun, hanya wanita sahaja lah  yang dapat mengetahui proses kejadian manusia mulai dari awal sehingga kelahiran. Lelaki hanya tahu dari kata-kata orang lain sahaja. Lelaki tidak pernah merasakan bagaimana sebuah proses kejadian manusia dari tiada kepada ada.  Lelaki tidak pernah mengalami sebuah kesaksian bagaimana tertiupnya roh ke dalam daging.  Pengalaman yang tak dapat diganti dengan apa – apa pun keterangan. Maka tidak hairanlah kaum lelaki yang paling lantang berdebat ten

MENCUBA PAKAIAN SYURGA

Image
Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan. Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu. Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan? Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar? Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul? "Eh, Minah ni, pakai jubah pula." Dalam zaman yang se

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

Image
Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijr

First Love Story

Image
As you know, the most important thing in life is living as a Muslim and dying as a Muslim. Prophet Muhammad said which means: “no one enters hellfire if he’s a believer” and the believer is the one who believed in Allah the true belief and believed in Prophet Muhammad the true Belief. Even if he did not pray and committed sins other than Kuffur, he is still a believer as long as he does not blaspheme in Allah, and he dies on that belief. Once a Muslim young man loved a Christian girl, they wanted to get married but her parents would not accept because he was a Muslim! It was a big dilemma for them! But they both loved each other sincerely and thought nothing should separate them. One day, the Muslim man got very ill and was dying, he was on the death bed. A friend of his was beside him, he told him: Say Shahadah, say La Ilaha Illa llah Muhammadun Rasulullah, but the Muslim man didn’t say it, he cried and told his friend: I’m afraid that if I die as Muslim I will not find my beloved i