Posts

Showing posts from January, 2011

CERITA BENAR ~ AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL...

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak = mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi = katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil = pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di = katil. "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa = nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau." Sedang kami berbual, tiba-tiba

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) “Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”,  getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya. ”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”,  bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”,  tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian. Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya

jauHkan rIndu...

Image
Bila rindu kembali menjengah, Menyusup datang melalui sekeping gambar, Begitu terasa bibirku bergetar, Begitu terasa kakiku makin longlai. Ku lihat pada jari-jemariku, Menggigil dalam bahang tengah hari, Ku sentuh pada bibirku, kering mengelupas, Ku letakkan tangan pada dadaku, Degupannya menjadi deras. Ku lihat wajahku dalam refleksi, Warnanya pucat membiru, Tiada kilauan dalam mata, Tiada cahaya pada wajah. Hanya kelesuan jelas kelihatan. Yang lain menggelar rasa ini 'cinta', Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta', Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' , kerana rindu ini rindu yang memusnahkan, Rindu ini rindu yang mencemarkan, Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku, Kerana rindu ini boleh mengundang dosa. Dahulu, Jika rindu yang sama bertandang, Akulah insan paling bahagia. Kini, Jika  rindu yang sama bertamu, Akulah insan paling sengsara. Aku tak mahukan rasa ini, Aku tak mahukan rindu ini. Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-