Posts

Showing posts from February, 2011

c u again!!!

Image
petang ni kol 3 dah nak bertolak ke mtrik phg....huhuhu....berat hati nak meninggalkan umah... tapi nak buat camne..dah tugas sebagai pelajar mesti diteruskan...tinggal 2 bulan lebih lagi nak abis matrik...pastu...hooray!!!!!!....apepon...belajar btol2..insyaallah biiznillah... ~~home sweet home..~~ my family...abang sorang xde lam gambar ni... p/s: c  u again...bulan 4 ni jumpe smula...insyaallah biiznillah...

valentine day...

Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing. Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam. Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga

::DOA SEORANG KEKASIH::

Image
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala

seTelah seKelian laMa tErpeNdam...

nak mnjadi yang solehah byk cabarannya,,,,bila la diri yang hina ni dpt menjadi insan yg betul2 bermanfaat pda agama.... bila la aku dpat capai cita2 yang ak minat??????sdih sgat bila minat kita xdpt dipenuhi..huhuhuhu.... time spm dpt 5a..alhamdulillah ak syukur sgt dapat byak tu walau x dpat straight...nak buat cmner dah rzki stakat i2..insyaallah allah akan tunjuk pada masa lain...then,,isilah upu,maktab n matrik... dalam hati ak harap sangat2 agar dapat maktab...coz cita2 aku nak jadi seorang pendidik...hajat x kesampaian bila tmuduga pon x dapat...emm..harap ade lagila harapan untk ke unvrsiti....in my mind,,ak x nak g ke mtrik klu ak boleh pon...tp ble kptusan matrik kluo...ak x dpt untk pggln pertma matrik...huhu.mmg frust la jgk walau pda aslnya x nak p mtrik,,,then,,kluo rsult upu..skli lagi mengecewakn...aku x dapat twrn u pggln pertama...mmg cdih sangat...mse tu rse cam dah putus asa sgt...tpi dikuatkan jgk hati supaya sabar...insyaallah ade hikmah disebalik tu...harap2

KISAH AIR MATA...

Dingin subuh seakan-akan  menggigit hingga  ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana. Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang. Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, "Allahuakbar."  Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. "Alhamdullilah," bisikku. Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa. &q