Posts

Showing posts from July, 2011

warkah ramadhan buatmu

Image
Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Apa khabar sahabatku yang sedang membaca surat ini? Saya harap sahabat sihat walafiat. Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi saya kekuatan untuk menulis surat ini. Ingin saya meminta maaf terlebih dahulu sekiranya surat ini akan mengguris hatimu wahai sahabat. Saya tidak kuat untuk berbicara denganmu secara berhadapan. Saya hanya manusia kerdil yang hina dan merasakan tidak layak untuk tegur dirimu wahai sahabat namun saya perlu lakukannya. Tatkala sahabat inspirasiku memberi tazkirah tentang ‘Kewajipan Berdakwah’dalam usrah bernama ‘Islamic Circle’ membuatkan saya rasa terpikul tanggungjawab untuk mengutus surat ini padamu. Terungkapnya teguran ini adalah kerana saya kasih padamu, sahabat. Saya ingin mengajakmu ke arah kebaikan bersama denganku, agar kita sama-sama berjuang di jalan-Nya. Saya sangat sedih melihat dirimu masih dengan duniawi yang sementara sedangkan dirimu patut mengejar Akhirat sana yang

Layakkah Aku Menjadi Permaisurinya

Image
Batrisya.Gadis pujaan para teruna. Jika ada kata-kata untuk menggambarkan kecantikan dan keayuannya, pasti bait-bait ini menjadi pilihan.Wajahnya sebujur sirih, alis matanya lentik, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah delima, rambutnya hitam ikal mayang Siapa tidak kenal Batrisya? Pujaan jejaka dari kampung hulu hinggalah ke kampung seberang.Ada yang sanggup merantau dari bandar ke pekan hanya semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan dan kecantikan Batrisya yang sering menjadi topik perbualan hangat setiap jejaka yang telah terkena panahan matanya.Mata yang sering kali melemparkan kerlingan manja sehingga mamak yang tengah buat roti canai pun boleh tersalah menu. " Assalamualaikum" Lontaran suara yang matang tersebut segera menarik perhatian Batrisya untuk melihat pemiliknya. Dia segera membetulkan rambutnya yang dibiarkan lepas separas bahu. "Waalaikumsalam" Jawapan yang sememangnya dinantikan oleh jejaka yang sedari tadi terceg