Posts

Showing posts from August, 2011

lailatul qadar

Image
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam. " Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.: Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu. " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayat

nuzul quran

Image
14, 15 & 16hb Ramadhan merupakan hari-hari pertengahan bulan RAMADHAN yang dikenali juga sebagai hari BERCAHAYA atau AYYAUMUL BAYD. Manakala sejarah Islam telah mencatatkan PERISTIWA PERANG BADAR (BADR KUBRA) yang berlaku pada tahun ke 2 Hijrah. Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Menurut SEJARAH yang dilakarkan: Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 (3+1+3=7) orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah. 17hb Ramadhan juga dikatakan HARI TURUNNYA AL-QURAN atau disebut NUZUL AL-QURAN. Secara umumnya: Te

Secebis kisah Sejarah 17 Ramadhan- Harb Badar

Image
17 Ramadhan …… suatu tarikh dimana sering diadakan sambutan bagi memperingati dua peristiwa penting didalam sejarah Islam. Pertama adalah Nuzul al-Quran dan kedua adalah Peperangan Badar al-Kubra. Adapun yang aku akan sentuh dalam penulisan ku ini adalah mengenai peristiwa Badar al-Kubra yang berlaku pada tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Ini adalah kerana peperangan Badar amat signifikan dalam sejarah Islam dimana inilah hari yang menentukan kesinambungan dakwah Islam. Hari penentuan sama ada Islam terus berkembang atau berkubur. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ketika berlakunya peperangan tersebut bermunajat kepada Allah اللهم أنشدك عهدك و وعدك، اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض Ya Allah, aku mengharapkan janji-janjiMu. Ya Allah, jika sekiranya Engkau binasakan akan pasukan ini (yakni para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di mukabumi ini. Angkatan perang pimpinan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berangkat meninggalkan kota Madinah pada

subhanallah..

Image
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w  tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al- Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui  pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah  (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia) Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal  muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula  matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama2 kita belajar... Contoh 1 Jika  anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8  Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda  akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikk

popia nestum

Image
popia yg sudah digulung nilah rupa or wajah popia nestum tu..nyum..nyum...^__^ BAHAN-BAHAN 1 pack besar popia  1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung 1/2 cawan gula halus - kisar  1 cawan nestum - kisar halus  Lidi satay utk menggulung -guna chopstick pon boleh Minyak utk menggoreng  Telur sebagai bahan pelekat- guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.     Cara membuatnya   1.Gulung popia gunakan lidi satay   2.Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.  3. Buat hingga habis peket popia.  4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.  5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.  6. Goreng dengan api perlahan/kecil.  7. Angkat dan toskan minyak.  8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.  9. Gaul hingga rata.  Tips 1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila