popia nestum


popia yg sudah digulung


nilah rupa or wajah popia nestum tu..nyum..nyum...^__^



BAHAN-BAHAN

1 pack besar popia 
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar 
1 cawan nestum - kisar halus 
Lidi satay utk menggulung -guna chopstick pon boleh
Minyak utk menggoreng 
Telur sebagai bahan pelekat- guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.
 
 
Cara membuatnya 
1.Gulung popia gunakan lidi satay  
2.Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur. 
3. Buat hingga habis peket popia. 
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting. 
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm. 
6. Goreng dengan api perlahan/kecil. 
7. Angkat dan toskan minyak. 
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar. 
9. Gaul hingga rata. 

Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi. 

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas. 

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap 
udara


p/s : selamat mencuba.....^____^

Comments

Popular posts from this blog

Kesatlah Air Matamu Wahai Wanita

Master Journey

Bubur Kacang Hijau