Posts

Showing posts from August, 2012

♥ qalbi ♥

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Kisah hati siapa, ya? Ia langsung tiada kaitan dengan cinta kaum Adam dan Hawa. Sebaliknya, cinta kepada Allah melalui aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji. Ini juga dikatakan CINTA. Cinta yang abadi antara hamba dan Penciptanya. Gabungan ketiga-tiga (aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji) inilah yang menjadi tunjang dalam membentuk peribadi muslim yang unggul - yang melahirkan keindahan Islam melalui perwatakan dan sahsiah yang baik yang ditunjukkan oleh individu muslim. Ya, KISAH HATI. Kisah hati seorang insan bergelar muslimah yang hatinya telah disentuh oleh seorang muslim yang hanya tahu bermain dengan kata-kata. Tetapi Allah amat menyayangi dirinya dengan membuatkan dia sedar bahawa ini bukanlah yang dinamakan cinta yang abadi. Bukan ini yang digariskan oleh Islam. "Ana dah jatuh hati pada enti.." Siapa sangka ayat yang sengaja dibuat-