Posts

Showing posts from November, 2010

Talian Yang di Buka 24 Jam^^

Image
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini: Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah". Tekan 1 untuk 'meminta'. Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'. Tekan 3 untuk 'mengeluh'. Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'." Atau....Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini: "Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya." Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini: "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat, Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, Tekan 2. Dengan malaikat lainnya, Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu, Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!! "Atau mungkin juga Anda mendengar ini : Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah s

mAlu dAn mEmaLuKan...

Salah satu sifat yang mesti dimiliki oleh setiap muslim adalah malu, yakni malu bila melakukan hal-hal yang tidak dibenarkan oleh Allah Swt dan Rasul-Nya. Hal ini kerana, bila kita dan anggota masyarakat lainnya telah memiliki rasa malu seperti ini, maka tidak akan ada penyimpangan yang dilakukan, termasuk terhadap ketentuan baik yang telah disepakati sesama manusia. Begitu penting sifat malu sehingga hal ini menjadi salah satu cabang yang tidak dapat dipisahkan dengan iman. Ini bererti keimanan seseorang perlu kita pertanyakan apabila pada dirinya tidak ada perasaan malu. Rasulullah Saw bersabda: Malu itu cabang dari iman” (HR. Bukhari). Tiga Bentuk Malu Dalam kehidupan manusia, paling tidak malu dapat dibahagi menjadi tiga bahagian yang saling berkaitan. Pertama, malu kepada diri sendiri, yakni malu kepada martabat peribadi dengan segala kedudukan, gelaran atau sebutan yang kita sandang, sebagai apapun kita. Kalau kita disebut muslim, itu bererti kita seharusnya menjadi orang yang

bInGkisAn dOa...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA. YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN, ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU BERIKAN KEPADAKU. YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTA

^^aUrat daRi pErspEktif fIziK**

Kajian Kes Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah.Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama. Penyelesaian Bercakap tenta

~_Minal Qalbi ilal Qalbi_~

'Maafkan saya kak, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak.' Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini. Fikiran Husna menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah, bahkan dia mampu 'bekerja' sekarang kerana tarbiyah. Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan teman-temannya terla

Cerita Untuk TEMAN dari KAWAN...

                                   “Nem, nanti kalau dah pandai baca Quran, setiap malam sebelum tidur Anem bacalah surah al mulk..” Kawan mengangguk dan terkesima sejeda. klausa ’nanti’. Dalam kotak fikiran kawan, teman, itu teman yang baik. Kawan sebenarnya tidak tahu apa manfaat surah al mulk dibacakan sebelm tidur, tapi ketika itu, kawan merasakan kata-katanya nan berdoa agar kawan terlepas dari siksaan kubur, jadi kawan kelak harus belajar mengaji quran agar sebelum tidur lidah dan hati kawan di dengari ayat-ayat suci kalam-Nya. Teringat kawan akan bicara buku ilmuan islam dari negeri seberang, antara manfaat yang bakal kawan temui andai kawan berteman dengan teman yang baik, ikhlas kerana Allah SWT; Meraih Kecintaan Allah (mahabbatullah) Rasul SAW bersabda, ”Bahwa seorang lelaki telah mengunjungi saudaranya di desa lain lalu Allah mengutus malaikat untuk mengikuti jalannya. Ketika bertemu dengannya, malaikat bertanya, ’mahu ke manakah engkau?’ Malaikat bertanya,

Insan Bernama Kasih

Awan mendung masih menutupi bumi ciptaan Ilahi. Mataku masih lagi menghadap jendela melihat kebesaran Ilahi. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tudungku. Fikiranku mula melayang mengenang kisah dahulu walaupun kini ku berada di Jordan. Nama aku Intan Nur Kasih. Arwah ibu yang bagi nama itu sebelum sempat aku mencecah umur satu tahun. Ibu meninggal sebab ibu mempunyai komplikasi buah pinggang yang kritikal. Aku duduk dengan ayah dan kakak ku selama ibu meninggalkan kami. Ayah berkerja sebagai C.E.O dalam sebuah syarikat terkemuka. Walaupun kedudukan kewangan keluarga kami stabil, cinta ayah pada ibu masih tidak lekang lagi walaupun ibu telah meninggalkan kami 5 tahun yang lalu. Sebab itulah ayah tidak ingin mencari wanita lain. Aku kagum melihat ketabahan ayah menyara aku dan kakak serta mendidik kami dengan didikan agama yang mantap sekali... Setelah mendapat keputusan UPSR dan UPSRA, alhamdulillah dengan izinNya aku mendapat keputusan yang melayakkan diriku tergolng dalam pelajar

~_ Lamaran dari Palestin _~

Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya, “dari mana pulak minah arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di depan. Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Professor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi. “Assalamualaikum”, sapaku. “waalaikumsalam warahmatullah”, jawab gadis arab itu sambil ter