Insan Bernama Kasih

Awan mendung masih menutupi bumi ciptaan Ilahi. Mataku masih lagi menghadap jendela melihat kebesaran Ilahi. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tudungku. Fikiranku mula melayang mengenang kisah dahulu walaupun kini ku berada di Jordan.
Nama aku Intan Nur Kasih. Arwah ibu yang bagi nama itu sebelum sempat aku mencecah umur satu tahun. Ibu meninggal sebab ibu mempunyai komplikasi buah pinggang yang kritikal. Aku duduk dengan ayah dan kakak ku selama ibu meninggalkan kami. Ayah berkerja sebagai C.E.O dalam sebuah syarikat terkemuka. Walaupun kedudukan kewangan keluarga kami stabil, cinta ayah pada ibu masih tidak lekang lagi walaupun ibu telah meninggalkan kami 5 tahun yang lalu. Sebab itulah ayah tidak ingin mencari wanita lain. Aku kagum melihat ketabahan ayah menyara aku dan kakak serta mendidik kami dengan didikan agama yang mantap sekali...
Setelah mendapat keputusan UPSR dan UPSRA, alhamdulillah dengan izinNya aku mendapat keputusan yang melayakkan diriku tergolng dalam pelajar bijak pandai. Ketiga-tiga tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Agama yakni sekolah Maahad. Ayahku menghantarku ke Sekolah Maahad kerana ayahku ingin melihat aku berada dalam keadaan orang yang mempunyai agama. Aku rela dengan keputusan ayah. Ibu mesti suka kalau dia tahu keputusan cemerlangku dalam UPSR dan UPSRA. Ayah juga ingin melihatku menjadi insan yang berjaya di dunia serta akhirat. Kakak pula merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa. Akak kini mengamil kursus Bachelor in Islamic Revealed Knowledge. Aku ingin menjadi seperti akak dan aku tak mahu menghampakan harapan akak dan ayah terhadap ku. Ibu adik akan tunjukkan kebolehan adik pada ibu. Adik sayang dan rindu sangat dekat ibu. Aku berkata bersendirian sambil tanganku meraba-raba pusara ibuku untuk mencabut rumput2 yang liar yang tidak berputus asa sentiasa tumbuh. Air mataku mengalir sambil tanganku memengang batu nisan di pusara ibu. Cintaku pada ibu masih bernyala di sanubariku walau aku tidak pernah menatap wajahmu wahai ibu. Aku juga rela dengan ketentuan Ilahi keran Dia lebih menyanyagimu.
Kini aku sudahpun berada di Universiti of Jordan. Aku mengambil bahagian syariah di sana. Pelbagai liku-liku hidupku di sini. Setiap pagi rutin harianku selepas solat subuh. Akan ku sedekahi ibuku dengan surah Yassin. Setiap kali aku membacanya air mataku pasti berlinangan. Aku bersyukur kerana dengan izinNya aku masih lagi berbakti untuk ibuku dengan sedekahku yang tidak seberapa ini. Ayah makin tua dan kini ayah di duduk dengan kakak. Kakak pula kini menjadi pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka di tanah air bagi mencurahkan ilmu yang diberikan Ilahi pada orang lain. Mulianya kakakku ini.
Wasiat ibu masih ku pegang di tanganku. Dan aku sudahpun menghafal isi kandungannya kerana aku kerap kali membacanya apabila merinduinya.
Ibu sayang ayah,Ibu sayang kakak dan ibu sayang Kasih. Ibu minta maaf sebab ibu tak dapat menjaga Kasih. Ibu sayang kasih dan ibu juga teringin nak melihat anak ibu membesar dengan kasih sayang seorang ibu. Ibu harap kakak dan kasih jaga ayah elok-elok.. jangan melawan kata ayah, jangan tinggal solat, puasa pun sama. yang penting jaga hubungan Allah dan sesama manusia. Ibu teringin nak melihat anak-anak ibu menjadi orang yang menegakkan agama Allah. Peliharalah maruah mu, peliharalah auratmu, peliharalah tingkah lakumu, peliharalah tutur katamu wahai anak-anak ku....Ibu berdoa agar anak2 ibu dipanjangkan umur dan bertemu dengan lelaki yang soleh untuk mendidik kamu berdua menjadi isteri yang solehah..........
Doa ibu telah termakbul untuk kakak.. Kakak di panjangkan jodoh dengan seorang ustaz yang mengajar di sekolah memenagah agama dan merupakan pengetua sekolah tersebut. Orangnya yang warak serta lembut budi perkertinya. Kakak tertarik kepadanya kerana wajahnya yang mempunyai nur yang luar biasa dan ustaz tersebut yang merupakan abang ipar aku merupakan anak yatim piatu sejak kecil lagi.
Aku masih mencari-cari jodohku.. Tiap-tiap malam selepas solat isyak.. aku melakukan solat sunat hajat agar permintaan ibuku terlaksana.. akan tetapi.. bayangan lelaki tersebut masih lagi belum ditemui... Tiada dalam diriku erti berputus asa... setelah tamat pengajian.. Aku bergegas pulang ke Malaysia kerana aku mendapat berita bahawa ayah dalam keadaan koma selepas pembedahan jantung dijalankan. Dalam perjalanan ku ke Hospital. Aku mendapat panggilan dari kakakku...
Assalamualaikum Kasih...cepat ayah tengah nazak nieh....dia asyik sebut nama kasih je...cepat datang!!pangilan terus dimatikan dan air mataku kian membasahi pipi....Aku memberitahu pemandu teksi tersebut agar pandu dengan laju agar sempat aku temui ayahku. Dalam hatiku tidak berputus-putus memohon doa agar aku sempat bertemu dengan ayah yang mungkin untuk kali terakhir. Aku beristir kerana berfikiran sebegitu..dan terus aku berdoa dan berdoa...
Setelah sampai di hospital..aku terus melangkah keluar dari teksi menuju ke destinasiku.. Aku telah letakkan duit RM50.00 di belakang tempat duduk. Aku tahu bahawa tambang hanya RM42 ringgit..dan yang selebihnya niatku sedekah untuk pakcik tersebut. Setelah aku sampai di bilik ayahku.. Alhamdulillah Allah SWT masih memanjangkan umurnya untuk aku bersua dengannya.. Ayah membisikan aku sesuatu..."ayah....ti.....galkan...su.......rat...untuk ka...sih......di la...ci......bi...lik a....yah...aku tidak putus-putus membisikan mengucap di telinga ayah sambil mendengar kata-katanya.. Dan itulah kali terakhir aku mendengar suara insan yang bergelar ayah yang selama ini telah banyak berjasa kepada kakak dan juga kepada aku. Aku bersyukur kerana diberi ayah yang mengajarku dan menyuruhku mementingkan didikan yang berunsurkan agama Allah.. Air mataku tidak dapat di tanggung.. Kakakku memeluk ku sambil aku memeluk tubuh kaku ayahku yang tidak bernyawa lagi dengan tagisan kepiluan..Tidak terkira aku mengucup pipi dan dahi ayahku buat kali terakhir.
Setelah selesai pengubumian ayahku.. Aku teringat tentang surat yang ditinggalkan ayah dibilik ayah di rumah kakak. Aku terus bergegas ke rumah melihat surat yang ditinggalkan arwah ayah..
Kasih... ayah tahu kamu sebuk menimba ilmu untuk berbakti di jalan Allah..Ayah rindu kat kamu kasih..surat-surat yang dikirimkan masih lagi ayah simpan dalam almari baju ayah... itu sahaja cara ayah melepaskan rindu ayah dengan menulis surat kembali kepadamu....ayah ada satu benda yang ingin sampaikan.... ingat tak wasiat yang ibu....... bertemu dengan lelaki yang soleh untuk mendidik kamu berdua menjadi isteri yang solehah...... ayah dah temui insan ini untuk kamu... ayah rasa sesuai sangat dengan kamu.... dia merupakan ustaz di sekolah rendah sahaja... dia bukan dalam golongan kaya.... dan dia juga merupakan imam di masjid di kampungnya... orangnya baik.. dan ilmu agamanya juga tinggi.. dia menunggu kamu wahai Kasih.... dia pernah berjumpa dengan ayah dan menceritakan hajatnya untuk menikahi kamu.... dia kenal kamu dari ibunya yang mengajar kamu di Maahad dahulu... guru kegemaran kamu wahai Kasih yakni Puan Aisyah Humairah yang mengajar kamu bahasa Arab tinggi dahulu... ketika dia berjumpa dengan ayah untuk menyampaikan hajatnya itu... kamu masih lagi di Jordan... dan itu juga merupakan hajat ibunya untuk mengahwinkan kamu dengan anaknya.. Kini Puan Aisyah Humairah telah dijemput Ilahi akibat kemalangan... jadi ayah harap kamu akan tunaikan impian... bonda kamu, ayah serta bonda Syahir.....
Aku memang rapat dengan Puan Aisyah Humairah kerana dia ibarat seperti ibuku walaupun aku tidak pernah merasa mempunyai ibu... Air mataku melimpahi pipiku kembali kerana aku berasa berterima kasih kerana dia sudi menjadi ibuku angkatku sepanjang aku di Maahad dahulu.....Alamat lelaki tersebut telah pun ayah tulis dalam surat tersebut..Keesokkan harinya..aku bergegas dengan ditemani kakak dan abang ipar aku untuk bertemu dengan lelaki yang bernama Syahir tersebut.... Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah...
Destinasi yang dituju telahpun sampai...."Assalamualaikum.....ada orang tak?", suara yang lantang dihulurkan oleh Jamil yakni suami kakak ku kepada tuan rumah alamat...
"Walaikumusalam...."...Muncullah seorang jejaka yang memakai kopiah serta berjubah hitam....kulitnya kuning langsat..wajahnya mempunyai nur yang tersendiri..Mataku bertembung dengan matanya....Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan dan banyak-banyak beristifar...."inikah orangnya",monolog hatiku.. Pakaian yang aku pakai juga jubah berwarna hitam...dan kini hatiku semakin berdebar-debar..... Kian berdebar hatiku..makin banyaklah istifarku kepada Ilahi.... "ini Syahir ke?" soal Jamil dengan ramah sekali...Syahir yang menghampiri suami kakak menyambut salam sambil berpelukan..."ya saya Jamil..." dengan senyuman yang manis dilemparkan kepada suami kakak...
"Betullah inilah orangnya..." Jamil berkata kepada isterinya.. dan kakak hanya mengangguk sahaja..."Macam ni..kami datang nak menikahkan kamu dengan adik ipar saya ni...Intan Nur Kasih namanya...".. Syahir hanya melemparkan senyuman tanda setuju...
Akhirnya..impan 3 orang yakni bonda...ayahnda..dan bonda syahir terlaksana dengan izinNya...kini aku merupakan pensyarah seperti kakak ku...aku mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan dengan suami tercinta yakni Syahir... Hidupku kian berseri lagi dengan tercurahnya cinta kepada Ilahi....aku masih mengamalkan rutin harian..menyedekahkan yassin tiap-tiap hari kepada kedua ibu bapaku dan ibu dan ayah mentuaku....

Comments

Popular posts from this blog

Kesatlah Air Matamu Wahai Wanita

Master Journey

Bubur Kacang Hijau