Posts

Showing posts from May, 2011

Tika Ingin Mencari Kekasih Hati…

Image
Wahai kaum Adam.. Andai mahu mencari Hawa.. 1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini. 2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami. 3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama

kuku panjang!!!!

Image
♥ஜ♥(¯`•.¸ღ Kawan2…sahabat2…baca nie… ღ¸.•´¯)♥ஜ♥ ·٠• Sekarang ni kan ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut .. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,

my favourite song...:)

Image
Ke arah satu perjalanan Dalam sebuah kehidupan Demi untuk mengecapi Hasrat murni di dalam hati Usaha dengan doa itu, Masanya akan tiba Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya hati di terang Tunjukkan jalan Seandainnya hilang Tegakkan perjalanan Yang bakal ditempuh Tegakkan semangat bila runtuh, Setibanya disisimu ku berserah, Terimalah aku Hamba mu Allah Sekiranya takdir menguji Cekalkan hasrat dihati Semoga kesusahan bisa Mengajar erti terus azam Usaha dengan doa itu, Masanya akan tiba Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya hati di terang Tunjukkan jalan Seandainnya hilang Tegakkan perjalanan Yang bakal ditempuh Tegakkan semangat bila runtuh, Setibanya disisimu ku berserah, Terimalah aku Hamba mu Allah..

Sakit Hati, Tulang Sendiri?

Image
WANITA :  Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI :  Kamu!!! WANITA :  Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI :  (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua  LELAKI  mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya. Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran. WANITA  lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak  "Kamu tidak cintakan saya la

JANGAN PEGANG-PEGANG

Apakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga? Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu. Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu j

LELAKI-LELAKI SUBUH

Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh? Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je  bunyinya? Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan.. Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh. Spesifiknya lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini; Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau? Jika ya, syabas diucapkan. Jika tidak, ayuh kita sematkan azam bulatkan tekad untuk lebih beristiqamah solat subuh secara berjemaah di masjid selepas ini. Boleh bukan?. Soalan kedua pula, kesinambungan dari soalan pertama.. Selepas solat subuh.. apa yang anda lakukan? Membaca Al Quran? Bagus jika ya.. selepas itu? Oppss , alamak.. saya tertidur. Insya-Allah, hadirnya saya menulis disini adalah untuk bercerita serba ringkas apa yang saya dapat dari program motivasi sebentar tadi di Melaka. Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan kalian semua, kerana banyak input menarik ya