Tarbiyah Bukan Untuk Menjadikan Kita Lemah


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut : 69)
Forest Gump adalah seorang anak yang cacat kaki dan harus berjalan tertatih-tatih dengan menggunakan alat bantu. Di sisi lain, dia menjadi seorang anak yang terbelakang mental dan sulit untuk berbicara. Keadaan ini membuat Forest Gump menjadi minder di kalangan teman-temannya dan selalu menjadi bahan cemuhan. Suatu hari, kerana hal yang tidak diduga-duga, sekelompok “bandit” anak-anak mencuba untuk melukai dan mencederakan Forest Gump. Forest dilempar batu, dan dia terpaksa tertatih-tatih berlari supaya tidak dikejar oleh anak-anak tadi.
Dengan kaki kesakitan, ia terus berlari, berlari dan berlari, tanpa peduli cemuhan orang-orang yang ada di belakangnya. Dia boleh memotivasi diri sendiri, sehingga “keajaiban” pun terjadi. Kakinya yang cacat dan harus mengenakan alat bantu, menjadi sembuh dan seketika itu juga, ia mampu berlari kerana ia percaya bahwa motivasi melebihi segalanya, bahkan cacat fizikal sekalipun.
Bahkan sejak saat itu, ia tidak berhenti berlari, sampai orang mengenalnya sebagai manusia dengan kelajuan lari yang luar biasa. MOTIVASI telah mengubah kehinaan menjadi kemuliaan.
Syeikh Ahmad Yasin, adalah seorang pejuang keadilan sejati bagi rakyat Palestina. Beliau bukan apa-apa, selain seorang tua renta yang hanya duduk di kerusi roda. Beliau cacat kaki, tangan dan pendengarannya sedikit terganggu, kerana siksaan yang harus beliau terima dari penjajah Israel akibat keteguhan sikapnya memperjuangkan kemerdekaan rakyat Palestina.
Tapi cacatnya bukan halangan bagi beliau untuk beralasan mundur dari dakwah dan jihad. Syeikh Ahmad Yasin percaya bahwa perjuangannya membebaskan rakyat Palestina dari penjajahan adalah sebahagian dari ibadahnya kepada Allah s.w.t. Dengan tertatih-tatih duduk di kerusi roda, beliau mampu menggerakkan hampir 2 juta hati pemuda Palestina, untuk bergabung dengan gerakan pelawan Islam yang dimotori oleh HAMAS.
Perjuangannya dan sumbangsihnya untuk Islam diakhiri dengan kemuliaan sebagai seorang syuhada, saat rudal helikopter Apache menghancurkan jasadnya, selepas beliau menunaikan solat subuh di kota Gaza. Itulah sekelumit orang-orang yang tidak pernah merasa putus asa dengan dirinya sendiri.
Masih banyak cerita kejayaan orang lain yang tak jauh beza. Tapi, bagaimana dengan kita? Saat ini, keadaan kita jauh lebih nyaman, lebih teguh dan lebih sihat dari Forest Gump atau Syeikh Ahmad Yasin.
Namun, apakah sumbangan yang telah kita berikan untuk orang lain? Untuk dakwah Islam, terutamanya. Pertanyaan-pertanyaan ini seharusnya menjadi motivasi bagi kita, untuk lebih bersungguh-sungguh dalam menjalani Tarbiyah Islamiyah berikut segala hal yang mendukung keberhasilannya.
Kita tidak harus berpeluh-peluh berlari untuk menghindari ancaman rudal Apache saat akan berangkat liqo’, kerana Malaysia sampai saat ini masih aman saja. Kita juga hanya menghidupkan motor kita saat amanah memanggil kita, tanpa harus berjalan tertatih-tatih menghindari anak-anak nakal, sebagaimana Forest Gump. Kita juga tidak harus bersusah-payah mencari sumber pendapatan tambahan, kerana segala keperluan kita masih boleh dicukupi oleh orang tua kita. Dan kita masih boleh beristirahat dan tidur dengan nyenyak, tanpa gangguan dari suara peluru dan butiran-butiran bom cluster yang dijatuhkan Amerika di Iraq dan Afghanistan.
Apa ertinya? Ertinya, kita punya modal awal yang JAUH LEBIH BESAR, LEBIH BANYAK DAN LEBIH BERKUALITI dari yang dimiliki oleh Forest Gump atau Syeikh Ahmad Yasin.
Jadi, apa yang membuat kita menunggu untuk menjadi orang yang lebih berjaya dari mereka? Bolehkah kita menjadi orang yang lebih hebat dari mereka? Tentu boleh!
Dengan terus menjalani tarbiyah dan beramal. Tarbiyah tanpa amal akan berakhir dengan kebosanan (jumud), dan amal tanpa tarbiyah akan berakhir dengan futur (lemah semangat keislamannya). Tarbiyah bukanlah sebuah beban.
Seharusnya, tarbiyah menjadikan seorang muslim menjadi lebih hebat, kerana dia mampu mengoptimumkan semua potensi yang dia miliki dan meminima kelemahan yang ada pada dirinya.
Sebagaimana Bilal yang menjadi andalan Rasulullah, padahal beliau seorang budak. Sebagaimana Umar yang menjadi khalifah kedua, padahal tadinya beliau seorang yang kejam. Dan sebagaimana Abu Dzar Al Ghifari yang menjadi penasihat khalifah, padahal beliau seorang yang zuhud dan miskin.
Sudahkah ia menjadi renungan bagi kita?
Wallahu wa rasulullahi a’lam…

Comments

Popular posts from this blog

Kesatlah Air Matamu Wahai Wanita

Master Journey

Bubur Kacang Hijau