SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

ASSALAM..
Tadi sambil belek2 buku2 lama terjumpalah "DIARI MUSLIMAH" yang tahun 2005(mase saya form 1..lme tuu..) dalam diari tu ada beberapa tazkirah@ilmu yang boleh kita baca dan kongsikan untuk kita semua..Diari ni sangat berguna untuk saya coz dalam diari ni banyak sangat ilmu yang saya belum ketahui tercatat dlam ni..
Belek punye belek terjumpalah satu tajuk ni "SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU"..


Jom sama2 kita hayati n faham apa yg dikatakan tentang tajuk ni..:)

SUBUHNYA
di mana aku berada??masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu 
masa bagaikan menderu..langkah tiada arah tuju...fikiran terus bercelaru..
terlupa aku semakin di hujung waktu..
siapa aku di depan tuhanku?????

ZOHORNYA
aku lebih memikirkan kelaparan.kehausan dan rehatku..
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku..
aku bertolak ansur dengan waktu..
gembira memikirkan keuntungan..
aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan..
siapa aku di depan tuhanku????

ASARNYA
aku lupa warna ..masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak..
aku masih dengan secawan kopiku..terlupa panas..
di hujung kepalaku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka..
siapa aku di depan tuhanku??????

MAGHRIBNYA
aku melihat warna malam..
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan..
tidak terasa ruang masa yang singkat ..
jalan yang bertongkat-tongkat..
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan tuhanku????

ISYAKNYA
kerana masanya yang panjang..
aku membiarkan penat menghimpit dadaku..
membiarkan kelesuan mengangguku ..
aku rela terlena sambil menarik selimut biru 
siapa aku di depan tuhanku??????

Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang..
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati..
bagaimana jenazah akan disolat di sini jika ruangku dibiarkan kosong..
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang..
Renung-renungkan...
 siapa diri kita sebenarnya di depan tuhan kita...















Comments

Popular posts from this blog

Kesatlah Air Matamu Wahai Wanita

Master Journey

Bubur Kacang Hijau