kemuskilan dah terjawab...

 1.Air mani adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok. Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak. 
2.Air wadi - warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga. Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat. 
3. Air Mazi Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut, Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.

Riwayat daripada Saidatina Aisyah R.A diambil daripada kitab yang bername Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Israr dikarang oleh Osman bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi.. "Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari pertama yakni: بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله على كل حال واستغفر الله من كل ذنب maksudnye: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.. -maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu mati syahid kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.. sekian.. 


Comments

Popular posts from this blog

Kesatlah Air Matamu Wahai Wanita

Master Journey

Bubur Kacang Hijau