Perjalanan hidup

Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t 


Alhamdulillah thumma alhamdulillah. La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minnalzolimin . 


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 4 tahun sebagai pelajar Bacelor Sains Taman dan Rekreasi telah berakhir dengan rasminya pada 13 ogos 2015. Terlampauuu banyak kenangan suka dan duka sepanjang 4 tahun berada di bumi UPM disamping kawan-kawan tersayang. Terima kasih kawan kerana hadir dalam hidup ini. Maaf andai ada terkurang, tersilap, tersalah, terbuat sakit hati sepanjang kita bersama. Love u all ! Semoga kita berjaya dunia dan akhirat dan jumpa lagi masa konvo nanti ! InsyaAllah :)







Dan sekarang, tiba masa untuk setiap orang fikir masa hadapan masing-masing. Dan Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk meneruskan lagi pencarian ilmuMu  yang sangat luas. Sekarang, Alhamdulillah dah selamat  mendaftar menjadi seorang budak Master Sains, Polisi Sumber Asli. Doakan semoga aku dipermudahkan sepanjang perjalanan hidup aku sebagai budak master dan seterusnya perjalanan hidup aku yang masih jauh, Dan doakan juga semoga aku tabah untuk hadapi semua dugaan yang datang :'(

" Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah meminta supaya SABAR dan SOLAT "  

"Jangan berhenti berharap kerana Allah lebih tahu saat yang tepat mengabulkan permintaanmu"





p/s: doakan aku dapat habiskan master dengan tenang dan cepat ye sahabat 







Comments

Popular posts from this blog

Kesatlah Air Matamu Wahai Wanita

Master Journey

Bubur Kacang Hijau